Putrajaya minta Guan Eng jelaskan sebab tema Hari Merdeka berbeza
OLEH KC NAZARI
Published: 24 August 2015 1:19 PM
Menterinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata demikian sewaktu ditanya sama ada institusi pengajian tinggi awam dibenarkan menyertai sambutan itu selepas kementerian tersebut, polis dan tentera memulaukan sambutan peringkat negeri itu.
"Saya mahu awak jawab dahulu, mengapa kerajaan negeri memilih tema lain daripada yang dipilih kerajaan pusat," katanya kepada pemberita.
Ditanya pemberita tentang rasional di sebalik permintaan tersebut sedangkan Pulau Pinang sudah 5 tahun menggunakan tema sama, Idris bertegas yang kerajaan pimpinan DAP itu perlu menjelaskan perbezaan tema itu dahulu.
Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan kepada sekolah-sekolah di Pulau Pinang agar tidak menyertai perarakan Hari Kebangsaan 2015 di peringkat negeri.
Pagi tadi, laman sesawang Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) melaporkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memulaukan sambutan Hari Kebangsaan peringkat Pulau Pinang.
Alasan diberikan Kementerian Pertahanan adalah tema peringkat negeri yang tidak sejajar dengan tema pusat.
Sementara itu, Idris berkata pelajar-pelajar tajaan Malaysia di luar negeri sepatutnya tidak menghadapi masalah dengan kejatuhan nilai ringgit kerana biaya kos sara hidup mereka dibayar kerajaan dalam mata wang asing dan bukannya ringgit.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis konvokesyen pelatih Kolej Komuniti MMC-Gamuda. – 24 Ogos, 2015.
.
No comments:
Post a Comment