Showing posts with label #SehatiSejiwa. Show all posts
Showing posts with label #SehatiSejiwa. Show all posts

29 August 2015

Duit Malaysia Duit Amerika




Nilai RM Berbanding US Dollar 30/08/2015

Tukaran mata wang hari ini ialah


  1.00 USD = 4.19150  MYR


Sumber dari http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=USD&To=MYR

Bersih 4.0

Bersih, Cekap dan Amanah



Latarbelakang 

Pada pertengahan April 1982, Y.A.B. Dato' Sri Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan kempen Bersih, Cekap dan Amanah sebagai satu dasar yang menjadi amalan kepada semua di negara ini. Konsep ini adalah selaras dan sebagai asas kepada Kempen Kepimpinan Melalui Teladan pada 19hb. Mac,1983. 



Rasional

Pembangunan dan kejayaan sesebuah negara adalah bergantung besar kepada sikap yang positif serta bermoral tinggi pengurusan-pengurusan pekerjaan, pentadbiran dan rakyat secara keseluruhannya. Di atas hakikat ini kesedaran haruslah ditanamkan di jiwa pegawai-pegawai awam, pegawai-pegawai swasta, pekerja-pekerja dan rakyat supaya mereka memahami tugas dan tanggungjawab masing-masing dan melaksanakannya dengan cekap dan berkesan, di samping mempunyai sikap bersih dan beramanah. 


Perasaan dan tanggapan bahawa mereka bekerja semata-mata bagi memenuhi keperluan diri sendiri iaitu untuk mendapat upah atau ganjaran hendaklah dikikis tetapi sebaliknya semangat bekerja bagi faedah negara dan rakyat keseluruhannya hendaklah ditanamkan di jiwa semua. 

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu framework yang diharapkan dapat mencapai tujuan tersebut.


Objektif

Objektif utama dasar ini adalah sebagaimana berikut:-

Bagi mengujudkan satu etika kerja dan sikap berkhidmat yang baru bagi rakyat Malaysia dengan memberi keutamaan kepada peningkat hasil (productivity) dan mutu kerja.

Untuk meningkatkan semangat atau motivasi pekerja seiring dengan Penerapan Nilai-Nilai Islam dan Kepimpinan Melalui Teladan. 


Secara khususnya sifat-sifat yang ingin diterapkan ke jiwa setiap golongan pekerja dan rakyat adalah seperti berikut:-


1. Bersih iaitu a Mempunyai moral yang tinggi, bertatatertib dan berdisiplin, tidak menyeleweng dan tidak rasuah.

a. Berkecuali iaitu tidak memihak ke mana-mana atau berat sebelah.
b. Tidak mementingkan diri sendiri.
c. Tidak khianat, hasad dan dengki.



2. Cekap iaitu a Berani dan cepat membuat keputusan.

a. Menghadapi krisis dengan tenang
b. Bersikap tegas kepada prinsip.
c. Mempunyai produktiviti yang tinggi dan kualiti dalam kerja.
d. Mempunyai keyakinan diri.
e. Berpandangan jauh - proaktif dan bukan reaktif.
f. Berpengetahuan, berpengalaman dan mahir dalam bidang-bidang tertentu.



3. Amanah iaitu a Rela dan cuba menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dalam batas kuasa yang ditentukan dengan penuh gigih dan ikhlas bagi mencapai objektif yang ditetapkan. 

a. Mempunyai sifat luhur dan murni, jujur kepada diri sendiri, rakan dan organisasi Strategi PelaksanaanDalam melaksanakan konsep ini Kerajaan telah mempraktikkannya sendiri terlebih dahulu dengan mengambil daya utama bagi membaiki perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh pentadbiran awamnya melalui langkah-langkah tertentu, di antaranya ialah:-

(i) Mengadakan Manual Prosedur Kerja (MPK) & Fail Meja (FM)
Kerajaan telah menyedari bahawa terdapat kelemahan dalam pentadbiran awamnya berpunca dari ketidakpastian pegawai dan kakitangan Kerajaan mengenai tugas dan kuasa untuk bertindak dan ujudnya pertindihan tugas dan tanggungjawab. Kerana ketidakpastian ini pegawai-pegawai tidak yakin untuk membuat keputusan, tetapi sebaliknya terpaksa merujukkan kepada pihak atasan atau kepada agensi lain. MPK dan FM akan menentukan sejelas-jelasnya cara sesuatu kerja harus dijalankan, siapa yang bertanggungjawab, siapa yang mempunyai kuasa, pihak yang harus dihubungi, apa peraturan dan undang-undang yang disemak dan langkah-langkah yang harus diambil.

Kesemua Jabatan Kerajaan telah diminta menyediakan MPK dan FM ini, dan diharapkan ini dapat melicinkan pentadbiran dan mempercepatkan tindakan.

(ii) Membaiki aspek pengurusan melalui teknik-teknik baru seperti mesyuarat dan kumpulan meningkat Mutu Kerja (QCC)


Dalam teknik ini pegawai-pegawai dan kakitangan awam di semua lapisan boleh memberi sumbangan fikiran dan tidak pasif iaitu menunggu arahan semata-mata. Di dalam mesyuarat-mesyuarat dan KMK ini idea-idea baru dan pandangan praktikal boleh disuarakan untuk membaiki kerja. Secara khususnya teknik baru ini memerlukan setiap penjawat awam mempunyai sikap 'innovative dan creative'.

(iii) Pengluasan khidmat pusat-pusat pembayaran bil setempat

Ini adalah bertujuan untuk memberi kemudahan kepada orang ramai menyelesaikan urusan mereka dengan cepat dan menjimatkan masa tanpa mereka terpaksa pergi ke beberapa jabatan yang berasingan.

(iv) Pejabat Pelan Terbuka
Bagi mempastikan ruang pejabat digunakan secara optima, dan membolehkan pengawasan dijalankan dengan lebih sempurna.

(v) Kad perakam waktu
Ini bukan sahaja bagi menentukan semua pegawai mengikut waktu sebagai satu formaliti tetapi yang penting ialah mereka mengambil berat tentang waktu dan bertindak mengikut jadual.

(vi) Pengisytiharan harta oleh para anggota kabinet dan pegawai serta kakitangan Kerajaan.


(vii) Pemakaian 'name tag' oleh kakitangan Kerajaan.

(viii) Menegaskan dan mengukuhkan peranan Badan Pencegah Rasuah khasnya bagi menyiasat tuduhan-tuduhan rasuah.

(ix) Perkhidmatan Cemerlang bagi menghargai pegawai-pegawai yang didikasi dan telah memberikan sumbangan yang istimewa. Di dalamnya terkandung tujuh Teras Perkhidmatan yang menjadi asas bagi prestasi kelakuan dan kerja-kerja seharian kakitangan awam.

(x) Penghantaran pegawai-pegawai melanjutkan pelajaran bagi meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka agar dapat memberi sumbangan yang lebih bermakna dan produktif apabila balik nanti.
Penutup

Bersih, Cekap dan Amanah adalah satu konsep yang murni. Sifat-sifat ini adalah asas yang penting di dalam mengujudkan satu masyarakat Malaysia yang benar-benar bertamaddun dan bermoral bersesuaian dengan Islam sebagai ugama rasmi.
Dengan itu konsep ini tidak boleh dipisahkan dan hendaklah berjalan seiring dengan Dasar Penerapan Nilai-Nilai dan Konsep Kepimpinan Melalui Teladan serta Rukun Negara.



Jika dikaji keseluruhannya slogan BCA ini akan memberi kesan dalam pencapaian satu pentadbiran yang benar-benar berhasrat mencapai daya pengeluaran yang tinggi melalui etika dan nilai bekerja yang progresif selaras dengan kehendak-kehendak moral yang murni dan terpuji. 

Sumber dari http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/236-bersih-cekap-dan-amanah.html


Bersih 3.0

Berkenaan Gaji


Gaji Pokok ialah gaji asas yang diperolehi pada setiap bulan.

Elaun Tetap ialah elaun yang diperolehi setiap bulan tidak termasuk elaun memangku, elaun lebih masa , tunggakan gaji dan bonus.

Gaji Kasar ialah jumlah Gaji Pokok dan kesemua elaun tetap atau tidak tetap diperolehi pada bulan tersebut.

Potongan tetap ialah potongan tetap di dalam slip gaji setiap bulan , termasuklah potongan KWSP dan juga PCB , potongan biro angkasa dan lain lain potongan yang berkala tetap untuk setiap bulan.
Setiap potongan untuk simpanan juga akan dikira sebagai komitmen potongan bulanan dan akan ditolak untuk mendapatkan nilai gaji bersih.

Gaji Bersih adalah jumlah Gaji Kasar setelah ditolak dengan POTONGAN TETAP pada setiap bulan. 


*** Bersih kan duit gaji kita dengan membayar zakat pendapatan.



Bersih 2.0

Badan bersih, otak sihat, negara sejahtera.



Bersihkan jiwamu dari kekotoran. Dari benda-benda negatif. 


Bersih 1.0

Definisi bersih :

Bersih itu tidak kotor
Bersih itu sama macam suci
Bersih itu perlu
Bersih itu wajib
Bersih itu macam apa ya....

Rumah kamu bersih tak?





28 August 2015

Susan Cain: The power of introverts



Apakah maksud introvert?

Maksud perkataan introvert adalah / The meaning of introvert is :

pendiam, pemalu, penilik diri, seorang yang lebih suka memikirkan dirinya sendiri daripada orang lain

Susan Cain proves that introverts is something to be celebrated and enjoyed. We should not condemn others who are intoverts. Let's agreed to be disagreed.

Her powerful words gave a new meaning in my life. We are unique in our own way. Nobody is perfect.

Ditto.

Nilai RM Berbanding US Dollar 28/08/2015

Tukaran mata wang hari ini ialah


  1.00 USD = 4.18286  MYR


Sumber dari http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=USD&To=MYR

27 August 2015

Rukun Islam 5 Perkara

1. Mengucap dua kalimah syahadah


2. Mendirikan solat lima waktu



3. Menunaikan zakat



4. Berpuasa Ramadan



5. Mengerjakan haji di Baitullah



50 Gaya Hidup Nabi SAW [Siri3] Ustaz Fawwaz Mohd Jan



Petua untuk lembutkan hati yang keras...

1. Ingat Tuhan dengan mengerjakan perintah - Nya
2. Ingat Nabi dengan cara membaca atau mendengar kisah pasal Nabi


Apa itu asnaf ???

Merujuk kepada 
SURAH AT-TAUBAH AYAT 60:
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.
1. FAKIR 
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.
2. MISKIN 
Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.
3. AMIL 
Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.
4. MUALLAF 
Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :
a) Beragama Islam
+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.
b) Bukan beragama Islam
+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.
 
5. AL-RIQAB 
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.  
6. AL-GHARIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.
7. FISABILILLAH 
Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.  
8. IBNU SABIL 
Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.


 Sumber dari http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/takrif-asnaf

My Wishlist



  1. To see koolkad wins...https://www.facebook.com/pages/KoolKad/1472285116430722?fref=ts
  2. To see Jejak Asnaf apps success
  3. To add into my book's collections - Saiful Nang book - Kisah Orang Menang (KOM)
  4. To add into my book's collections - Andrea Hirata book - Ayah 

5. To go to Mecca for umrah


26 August 2015

27/08/2015 Subway Buy 1 Free 1

Go to Subway today.


Nilai RM Berbanding US Dollar 27/08/2015

Tukaran mata wang hari ini ialah


  1.00 USD = 4.22895 MYR


Sumber dari http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=USD&To=MYR

25 August 2015

Nilai RM Berbanding US Dollar 26/08/2015

Tukaran mata wang hari ini ialah


  1.00 USD = 4.24796 MYR


Sumber dari http://www.xe.com/currencyconverter/convert/?Amount=1&From=USD&To=MYR


Merdeka Sale




Hidup atau Mati??

Jejak Merdeka



Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Kerajaan Malaysia. Secara rasmi mereka dilantik olehYang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974).

Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1970-1976)

Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembanggunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteriiaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn.
TunAbdulRazak.jpg Ismail Rahman.jpg Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg

Era Pemerintahan Tun Hussein Onn (1976-1981)

Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.
Tun Hussein Onn (MY 3rd PM).jpg Mahathir Mohamad 2007.jpg

Era Pemerintahan Tun Dr.Mahathir (1981-2003)

Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba , Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.
Mahathir Mohamad 2007.jpg Musa-hitam.jpg Ghafar Baba.jpg Anwar 980416.jpg AB April 2008.jpg

Era Pemerintahan Tun Abdullah Badawi (2003-2009)

Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembanggunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timballannya iaitu, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.
AB April 2008.jpg Najib Razak 2008-08-21.jpg

Era Pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-Kini)

Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timballannya, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.
Najib Razak 2008-08-21.jpg MuhyiddinUS.jpg AZHThai.jpg

Sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia.