Perdana Menteri Malaysia adalah ketua pemerintahan tertinggi Kerajaan Malaysia. Secara rasmi mereka dilantik olehYang di-Pertuan Agong, selaku Ketua Negara, dan biasanya pemimpin sesebuah parti politik atau parti komponen terkuat dalam Parlimen (Dewan Rakyat) akan dipilih dan dilantik. Sejak kemerdekaannya pada 1957, semua Perdana Menteri berasal dari parti UMNO, salah satu parti politik terbesar dalam Barisan Nasional (dahulu dikenali sebagai Parti Perikatan hingga 1974).
Era Pemerintahan Tun Abdul Razak (1970-1976)
Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein digelar sebagai Bapa Pembanggunan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteriiaitu Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman dan Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn.

Era Pemerintahan Tun Hussein Onn (1976-1981)
Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn dikenali sebagai Bapa Perpaduan Malaysia. Beliau dibantu oleh timbalannya, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad.

Era Pemerintahan Tun Dr.Mahathir (1981-2003)
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad digelar sebagai Bapa Pemodenan Malaysia. Sepanjang beliau berkhidmat, beliau mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri. Antaranya ialah Tun Musa bin Hitam, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba , Dato' Seri Anwar bin Ibrahim dan Tun Abdullah bin Ahmad Badawi.

Era Pemerintahan Tun Abdullah Badawi (2003-2009)
Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi digelar sebagai Bapa Pembanggunan Modal Insan Malaysia. Beliau dibantu oleh timballannya iaitu, Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak.

Era Pemerintahan Dato' Seri Najib Tun Razak (2009-Kini)
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikenali sebagai Bapa Transformasi Malaysia. Beliau dibantu oleh timballannya, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dan kemudian digantikan oleh Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi.

Sumber dari https://ms.wikipedia.org/wiki/Perdana_Menteri_Malaysia.